Search This Blog

Tuesday, April 17, 2018

Masuk penjara


Nasihat aku
(aku hujung-hujung nih, banyak guna aku-kau. Sorry guys!)

Aku nih bukanlah dalam spesis manusia yang pandai memandai nak bagi-bagi nasihat.
Nak tunjuk mana betul, mana salah.
Ke nak hukom mana-mana pihak on your behalf.
Tapi kalau kau nak tahu apa nasihat aku tentang diri kau. Secara randomly. Sure.
Aku lagi suka.
Bacalah tentang apa yang bakal aku tulis. Silakan.
Pesan aku, hati mau kuat.
Kalau rasa nak stop, stop jer.
Esok, lusa ke tahun depan… sambung baca lagi.

I can be a good listener. Good shoulder to cry on.
Sweet tak? Hhehehhe…
Kalau kau nak cakap, kau dah buat dosa itu ini.
Zina sana sini, minum arak, dadah, suicide or lebih daripada itu…
Serius. Aku bukan sesiapa nak hukom kau.
Dan mereka bukan sesiapa nak judge kesalahan yang kau pernah buat.
Itu hidup kau.
Itu pilihan yang kau pilih.

Sebab bagi aku.
Masuk penjara tak semestinya bersalah, undang-undang manusia.
Tapi kalau masuk neraka tuh dah pasti salah. Sebab hukuman Allah tak pernah silap, saksinya tak pernah menipu.
Dan even kau memang bersalah.
Kau mengaku itu, kau yang buat.
Memang betullah penjara untuk kau. Dan neraka juga untuk kau.
Betul tak?

Tapi, kau kena ingat. Macam mana kesalahan besar kecik yang kau buat.
Kau masih hidup.
Kau masih bernafas, paru-paru kau masih menyedut udara Allah.
Allah masih sayangkan kau.
Dia masih beri kau peluang.
Peluang yang entah ke beratus kalinya.
Yang kau sendiri tak terkira dengan jari jemari.
Itulah harapan Allah pada kau.
Dia masih menunggu kau.
Ku jer yang bongkak pada Pencipta sendirik
Tak malukah engkau?

Kau angkat tangan kanan.
Kau letakkan kat dada kiri.
Kau pejam mata rapat-rapat.
Kau dengar denyutan jantung kau sendiri.
Dan kau tanya diri sendiri, kau nak tunggu bila baru nak berubah?
Jangan sampai denyutan ini menhempaskan lelahnya.
Dan kau baru nak memuntahkan kekecewaan.
Jangan.
Jangan sampai terlewat, wahai engkau.


Hari ini kau cakap kau jahil, esok mungkin kau adalah yang paling berilmu.
Hari ini kau cakap kau dibenci, esok mungkin kau adalah yang paling disayangi.
Kau fikir itu.
Kau hadam itu.
Kutiplah sisa-sisa hidup kau.
… Dan jika benar kau mahu berubah.
Sikit pun jadilah.
Lambat pun tidak mengapa.
Biar hina di pandangan manusia. Jangan sesekali hina di pandangan Allah.
Jangan.

Image result for weheartit islamic

Itulah nasihat aku untuk kau.
Aku tahu kau dah biasa dengar, baca ayat-ayat kat atas tuh.
Hati kau mungkin keras.
Kau susah nak terbit rasa dan perasaan pada ayat-ayat tersebut.
Bukan salah kau.
Tapi salah iman kau.
Aku hanya boleh berdoa daripada jauh.
Untuk kau.

Tak salah menyesal.
Akan apa ynag telah terjadi.
Benda dah jadik. Nak turn over time, sipalah kita.
Tapi, 

Daripada situ kita belajar.
Tapi kita ambil ikhtibar.
Kita jadikan garisan perubahan.
Betul tak?


Aku hidup dengan matlamat.
Aku tahu aku tak hidup lama.
Sebab dunia nih bukan aku punya.
Andai esok aku mati, amalanku hanyalah seinci. Dosa aku menggunung tinggi.
Betul aku tak tipu.
Sebab aku pon baru nak berubah, baru nak belajar agama.
Kita sama.


Tapi, aku cakap lagi sekali, aku hidup dengan bermatlamat.
Aku mahu perginyaku bukan dengan sia-sia.
Jadi setiap hari, aku berharap ianya lebih baik daripada semalam, atau kelmarin.
Kerana hati aku mudah goyah.
Merintih bila pedih.
Lelah bila rebah.
Tapi aku akan terus mendaki.
Biarpon kakiku menggigil kepenatan.
Tolong doakan aku.


Aku pon sentiasa doakan kalian.
= )

Sunday, April 15, 2018

Yeah, it's my idea!

Assalamualaikum.
Nah, sambungan dia.

Pastu bila in serously part start simpan duit. 
Terus simpan perasaan.
Pendam keterujaan.
Untuk semua keduniaan.
Kawan ajak makan ker. Ajak pergi sana-sini.
Sebab i know my limit.
My target.
Itu utama.
Daripada yang lainnya. Maaf guys.

Sebab apa nak jadi, kena usaha.
Kena hati kental.
Pasti boleh. InsyaAllah.
Cuma ajal jer memisahkan niat dengan caraku.
Tu jer yang mengguatkan segalanya.

My story...
Sampai satu tahap, duit kat dalam poket tinggal RM 10 untuk survive selama seminggu before dapat gaji. Bayangkan?
Nasib time tu, duit minyak motor penuh.
Pastu just survive dengan makanan apa jer la yang ada.
Roti dan biskut. 
Tapi, Allah bagi jugak rezeki.
Dapat hari-hari orang bagi makan kat spital sana.
Roomate bagi makan.
Even tak cakap pon, tak ada duit.
Alhamdulillah. 


Pastu, even gitu. Sempat cover my kakak punya wedding sikit.
Tapi dia bayar balik.
My adik punya sort things. Nih pon dia kata nak bayar ansur-ansur.
Actually, nih semua tak masuk pon dalam my aim target.
I put at the side.
Because i know, this is nothing.
I can't count any cent with them.
They're came from my own blood.

Tak ngadu pon kat sesiapa tak ada duit.
Even my emak or ayah, macam dulu-dulu.
Because now, it's my life. Itu my own decision.
Biarlah jangan susahkan orang lain.
Mak, dia dah susah time kita kecik sampai kita besar.
Jangan susahkan hati dia lagi.
Ayah, dia adalah lelaki terkuat dlam hidup ini.
Jangan susahkan hati dia jugak.

Tak ada niat nak bawak korang nangis sama.
Mengenai kisah hidup tak seberapa ini.
Tolong sapu sikit, air mata tuh.
Malu orang tengok.

And even, kawan tolong bayar duit makan.
I will bayar balik.
Tak kiralah berapa hengget pon. Itu duit mereka.
'Aku belajar memberi sebab aku pernah tahu apa itu kesusahn menerima'
Bayar, tetap bayar.
Sebab degil.

Susah jugak sebab degil.
Benda nih, tak siapa tahu. Kalau ada pon, certain people yang rapat jer.
Sebab satu tak nak tahu apa diorang fikir.
Second, tak nak dergar mereka punya pendapat.
Kan, degil kan?
Hahhahahah...

And. Alhamdulillah.
I got what i want.
I trust Tabung Haji.
My journey going to the end.
My idea, my plan sudah hampir siap.
And i'm very proud of it.
Terima kasih Allah.

Mecca, i will datang dengan hati yang penuh debar.
Dan Engkau akan menyaksikan segalanya.
InsyaAllah.
Aamin!

Saturday, April 14, 2018

Pandangan Allah

Assalamualaikum.

Khamis lepas. Sempat pergi dengar ceramah kat Surau. Macamlah sebelum-sebelum nih tak pergi kan.
Ni macam lain sikit ar.
Mula-mula memang kalau ikut badan, Magrib and Isyak jela kat rumah.
Tapi, alang-alang dah berpuasa. Hati nih cam lebih tertarik nak berbuka kat Surau.
Lagi best.
Gituuuu.

So, dapatlah satu bijik karipap.
Dengan air kosong.
Sumpah kenyang sampai malam.
Pastu dengar ceramah pon sikit jer ngantoknya.
Tak der la sampai tahap berdengkur, meniarap.
Just tersengguk tuh biasa lah.
Nasib tu la, tak heavy time buka tu. Syukur.

Ustaz tu citer pasal Israk dan Mikraj. Dan ustaz tu cakap...yang rasa menusuk di kalbu adalah.
Adakah Allah pandang kita dengan pandangan nikmat, ke pandangan laknat?
Rasa diri ini teruk kan.
Kita seteruk itu ker?
... ustaz tu pon cakap, macam mana nak tahu Allah pandang kita dengan nikmat adalah bila hati kita more pada akhirah.

Kerja pon kerja jugak.
Kerja macam nak gila...pagi sebelum matahari naik dah terpacak depan pintu pejabat.
Malam lewat, baru balik.
Pastu cakap gaji tak cukup lah, ni la tu la.
Ustaz tu cakap, kerja. Carik rezeki halal tu memang wajib.
Rezeki tuuuu...
Tapi, berilah perhatian pada yang memberi rezeki. Allah.
So, solat jaga. Sedekah. Puasa.
Nescaya, Allah yang jaga kita.

Image result for weheartit islamic

Bila time have fun ke apa pulak.
Tapi bila time dah azan tu, jangan tetiba buat-buat gila ke. Hilang ingatan ker.
Kang hentak kepala kat dinding betul-betul kang, baru tau.
Hah, so... biarlah tegur sapa. Ingat menggigat, kan.
Barulah sama-sama Istiqamah.
Alhamdulillah.
Sweet tak? Hahhahah...

Anyway.
Best sebenarnya dergar ceramah live depan mata, kaki telinga.
Selalu dok tengok kat Youtube, and those internet.
Suasana dan penghayatan berbeza.
Teruskan usaha!
Cayok!

Bai.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...