Search This Blog

Monday, May 28, 2012

Potongan ayat Al-Quran--Amalkan.

Surah Al-Furqan (surah 25, ayat74):

74) Dan orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kmi pemimpin bagi orang yang bertakwa."

75) Mereka itu akan di beri balasan dengan tempat tertinggi (dalam syurga) atas kesabaran meeka dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan doa kesejahteraan.


Surah Al-Ahqaf (surah 46, ayat 15):

15) Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah  (pula). Tempoh mengandung sampai menceraikan susunya ialah selama tiga puluh bulan, sehingga dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa:
"Ya Tuhanku, berilah petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebajikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim."
Mereka itulah orang yang Kami terima amal baiknya yang mereka kerjakan dan (orang) yang Kami maafkan kesalahan-kesalahannya, (mereka akan menjadi) penghuni-penghuni syurga. Itu adalah janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

*Amin.

Plus a bonus that i found.
Nice ayah, picture to share with you all.

(2) Saima Ayub | via Facebook

Petunjuk daripada Allah: Buat aku menginsafi diri.

Assalamualaikum,

6:15 am-Hujan renyai-renyai manja membuatkan suasana begitu nyaman dan bila Barney-me and my teddy (alarm ring), aku tekan snooze! Perasaan malas (hasutan syaitan) sungguh kuat mengikat dan membuai diri agar terus diulit mimpi di hari minggu ini (tak kerja la kata, kan). Nak gi exercise pun sebeban malasnya.

6:24 am-Alarm ring again, turn off (selamat pagi). Terus bangkit dari tidur, dan gi bilik air untuk basuh muka, berus gigi dan ambil wuduk.

Masuk aja bilik, TV yang tengah on dari malam tadi (pembaziran yang melampau) tayang pulak 'tip -specialist steak'. Apa tunggu-layan jap la (tangguh solat lagi).:

  1. daging yang terbaik terhasil daripada umur sewaktu di sembelih, makanan hariannya, cara pemotongan dan peyimpanan, serta cara penyediaan masakan sebelum di hidangkan.
  2. plus, lembu yang makan rumput (adalah lebih murah) berbanding makan bijirin (lebih mahal) kerana perbezaaan lemak yang banyak serta lembut bila di panggang.

Huh, bila iklan je (turn off TV) dan terus bentang sejadah dan pakai telekung (buat solat Subuh). Habis solatnya, dengan lafaz Bismillah-tandaan pemandangan biru laut--Al-Quran terjemahan al-hidayah--. Alhamdulillah, Al-Waqiah, habis satu surah.

Tiba-tiba, mata tartacap pada buku 'Amalan Sepanjang Hayat' (yang pernah aku bagitau dulu). Terpana cahaya Subuh (atau aku masih bermimpi di alam fantasi misi si Wonderland).

Terus aku capai pen , highlight dan pensil serta helain demi helain bab Al-Quran aku telek (masih bertelekung), Semua surah dan potongan ayat yang ditekankan untuk dibaca lebih sedikit telah aku tandai penuh makna.
Amalan pagi dan petang (aku tanda warna pink di tepi atas sekali), malam (hijau di tepi bawah sekali) dan sebelum tidur aku tanda garis 1/2 pink di antara helaian.

Terasa lengkap, Al-Quran itu aku bawa ke dada dan ku titipkan di hati agar sentiasa mengamalkannya. Sepanjang hayat di kandung badan. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatiku selamanya.. Amin.

Because I know, I can't stay long because Allah itu Maha Kuasa. 

Sunday, May 27, 2012

chunky loaded with bigger bite to SHARE !

Assalamualaikum,

10420371_326735140842604_741292749239422232_n.jpg (480×458)

Because i know, all you need to do is...
pray.
Merry go round your life is. 
Just pray.
Allah is the Greatest listener.

Do not trusting me?
Let's see this picture below,
may it help us.


♥

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...