Search This Blog

Wednesday, July 06, 2011

Long Journey: Cerita di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis.

Walaupun cite ni da basi, tapi ianya manis untuk di kongsi bersama.

Pada 20 Jun lepas, mak ayah dan cik jima amik saya kat Nilai. Bayangkan, barang cik jima da penuh bonet, mane nak letak barang saya? Terpikir gak, kalo tak muat pun. Tinggalkan aja cik jima di situ, pandai-pandailah dia naik bas ke Perlis! Kitaorang akan menyambutmu di perlis ya! Hahahaha (kejam, kejam).

Tapi dengan hasil kemampatan milo, redah jek la. Kesian keta cik tira (jangan bagitaun dia pulak). Menangis tak berlagu. Tanpa pikir banyak, kitaoran gi Nilai 3. Cik jima borong beg kat sane. Nak jadik pelajar cemerlang la kate kan. Harganya pun memang murah, dalam area RM20-30. Rugi tak beli. Saya pun beli gak. Beli jubah cik tira sekali. Tuk cik maya, sempat beli tudung syria aja, selendang tak sempat nak pilih. Maaf ya!

Dalam area kol 4 petang, kitaorang gerak ke KL. Gi rumah encik yem. Tido sane. Kesian plak kat diorang seharian dok dalam keta, dari johor ke KL. 

Soknya, saya, cik jima, mak ayah dan encik yem gerak ke Perlis. Perjalanan, enam jam! Seb bek tak patah tulang spica. Ahhahahha..

Sampai aja, kami menginap di UITM perlis. Rumahnya OK la.

Petangnya, encik yem ajak gi Padang Besar. Waktu tu, kedai pun banyak nak tutup coz da nak kol enam petang. Diorang tutup awal rupanya di sini (coz nak balik Thailand kot dan suami memasing semua da tunggu kat rumah agaknya). Kelam kabut jalan kat sana. Ingatkan dapat la beli pape. Tapi takde yang menarik plak. So, cuci mata je la.
Pastu, gi pasaraya. Carik baldi dan barang-barang tok cik jima. And pastu lalu kat IPG cik jima. Dan kat depannya de kedai, so makan-makan. Saya dan cik jima makan burger je. Tak larat nak makan sebenarnya. Pas kenyang, balik UITM, dan tido. Penat, penat..

Pagi-pagi lagi, kitaorang check out daripada rumah tu, coz cik jima kena daftar awal,8.00 pagi.

Sempat singgah di Juru-kedai makan (position unknown). Sedap amat. Pesan nasi goreng udang, sotong. Nasi goreng kosong sepinggan dan sepinggan udang berlada setiap sorang (aku punya, nasi goreng uadang). Udang dia besar-besar. Fuh, mantap!

Masuk je IPG, cik jima terus gi daftar kat kafeteria. Kitaorang pun  makan. Kesian, cik jima tak sarap lagi. Satu benda nak cerita: Nasi lemak dia punyalah pedas, sampai berair mata makan. Ayah, berpeluh beribu. Terharu dengan kesedapannya! Huh.

Lepas makan, kitaorang duduk kat tempat menunggu. Cik jima tak siap daftar lagi.
Daftar kemasukan, cek-cek sijil, tangkap gambar, dan mek kunci asrama. Maka selesailah semuanya. Pastu, kitaorang hantar cik jima ke asramanya. Kesian cik jima kena angkat barang sorang-sorang sampai tingkat empat. Aja-aja fighting cik jima! (kitaorang luar tak boleh tolong).

Berpeluh-peluh cik jima. Kesian tengok cik jima, mak pun belilah sosej dan air mineral untuknya. Lepas salam cium peluk (adegan perpisahan), kitaorang pun meninggalkan cik jima di perlis. Bubbye cik jima.. balik raya ti jumpa lagi.



Dalam kol 10.30 pagi, dari perlis kitaorang balik ke KL ambil barang yang ditinggalkan dan terus ke Johor. Sampai rumah, dalam area kol 11.00 malam..kerana kepenatan, tidur la.

Wednesday, June 15, 2011

Pejam celik, pejam celik dan berkelip-kelip

Baru tadi abes exam kol 11.35 am, Alhamdulillah-boleh la jawab. Semua berserah kepadaNya, harap-harapnyer lulus degan cemerlang. Bes exam je smua serang toilet terdekat-wa kate lu sejuk bangat kat dalam dewan peksa tu (coz nak bagi keras lagi kaku semua subjek yang da belajar)..huuuuu.....lepas da lega, gi serah student ID and mek transcipt semua semester. Beratur punyalah panjang dan oleh kerana name atas skali-terjah jek la...dan hasilnyer-berjaya!..

CGPA pun ok-3.55....Alhamdulillah.....

pejam celik,pejam celik....
Da bes blaja rupenyer, tapi cam baru semalam gI daftar masuk college. Dengan baju kurung warna ungu bunga-ingat lagi bahawa mak,ayah and cik tira yang anta. Thanks to three of you.

pejam celik,pejam celik lagi....
Dah 3 tahun den sarung baju putih tu (uniform) pas ni den kena pakai dengan tangggungjawab yang lebih besar (kena jadi orang lebih baik). Mudah-mudahan, amin.

pejam celik,pejam celik lagi dan lagi....
Rupenyer da 3 tahun da merantau kat negeri orang ni. Alhamdulillah, tak der paper yang terjadik. Hidup kena pandai bawak diri-no culture shock ok! dan walaupun jarang-jarang balik johor, tapi mak dan ayah paham kot-den kan kdekut (tambang mahal..rm27) , pastu mals nak nek bus (kalau boleh nek jet peribadi) huhuhu, tapi tu dulu...kenangan smua tu.

pejam celik,pejam cekik....
Da 3 tahun den duk kat uma tu, bersama ngan sembilan orang kawan yang memang terjal lagi gila..
cik rehan, cik fareha, cik mira, cik dayah, cik ekin, cik linda, cik eca, cik k.nisa dan cik zaty.....
hahahaha...macam-macam perngai korang yang tak dapat dkawal oleh mindaku ini... tapi kita tetap friends for ever..

pejam celik,pejam tercekik....
Ari sabtu ni, den nak tinggalkan uma tu. (kawan-kawan pun da mula pack barang) nak  balek kampung halaman (semula)... smua da ikut haluan masing-masing kelak...sob....sob...sob....


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*to all bebudak PT22086:
  • -jadilah anak yang baik.. solat jangan lupa...
  • -korang memang d best!
  • -halalkan apa-apa yang den da termakan terminum..terpijak, terhantuk...dan ter- smua...
  • -kalo korang raser gatal dan miang keladi nak kahwin, jemput la k..
  • -roger on board la slalu..kan memasing der FB,yahoo..
  • -ingat daku dalam doamu!

Friday, June 10, 2011

EXAM: Ujian itu bagus, Weehaaa.

15hb June ni,next week la.....exam yang  biggest ever dalam hidup akan berlaku.
.
.
.
.
.
.
.
Bak kata Presiden Ireland, jagan stress-stress biler nak exam. tapi exam adalah benda yang paling di takuti dan menyeramkan. Apsal ek? hanya dengan menghitamkan  A,B,C,atau D.....ianya akan menentukan hidup anda. Lulus atau gagal-jangan biarkan diri anda d selubungi misteri!. 

Hanya mengira detik-detik serta saat-saat itu (study kena hard and smart!) bila da tension study, tengok TV...borak-borak,makan-makan...study lek..camtu lah khidupan sekarang ni. Dahsyat!..kalo nak gi toilet pun kena limit time. Yelah hidup kite cuma de 24hours/day...tolak makan, tido-agak-agak cam 5 jam jek tinggal..sob..sob...

Tapi, kalo study hard camne pun...doa kepada Allah jangan di lupa. mohon keberkatan dunia akhirat. Mohon kejayaan menduduki peperiksaan. Biar hati tenang menjawab soalan serta solat lima waktu jangan lupa. Lebih rajin sikit, buat solat sunat, bangun malam..rajin lagi,puasa-bulan Rejab banyak pahalanya...Amin...

Mohon keberkatan daripada mak ayah jangan miss pulak.. doa orang tua adalah doa yang paling, paling terbaik. Mohon keampunan zahir dan batin. Mudah-mudahan kajayaan akan tercapai.

Kepada bebudak Nilai College:
>Semoga kejayaan bersama kita semua. Cayok2!!!
>all d best to you all..

Kepada bebudak rumah PT22086:
>Study rerajin...
>moga-moga-hati kita tenang menjawab soalan exam..
>semoga kita semua lulus dengan jayanya..
>aja-aja fighting!!!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...