Search This Blog

Showing posts with label pengalaman belajar. Show all posts
Showing posts with label pengalaman belajar. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Pejam celik, pejam celik dan berkelip-kelip

Baru tadi abes exam kol 11.35 am, Alhamdulillah-boleh la jawab. Semua berserah kepadaNya, harap-harapnyer lulus degan cemerlang. Bes exam je smua serang toilet terdekat-wa kate lu sejuk bangat kat dalam dewan peksa tu (coz nak bagi keras lagi kaku semua subjek yang da belajar)..huuuuu.....lepas da lega, gi serah student ID and mek transcipt semua semester. Beratur punyalah panjang dan oleh kerana name atas skali-terjah jek la...dan hasilnyer-berjaya!..

CGPA pun ok-3.55....Alhamdulillah.....

pejam celik,pejam celik....
Da bes blaja rupenyer, tapi cam baru semalam gI daftar masuk college. Dengan baju kurung warna ungu bunga-ingat lagi bahawa mak,ayah and cik tira yang anta. Thanks to three of you.

pejam celik,pejam celik lagi....
Dah 3 tahun den sarung baju putih tu (uniform) pas ni den kena pakai dengan tangggungjawab yang lebih besar (kena jadi orang lebih baik). Mudah-mudahan, amin.

pejam celik,pejam celik lagi dan lagi....
Rupenyer da 3 tahun da merantau kat negeri orang ni. Alhamdulillah, tak der paper yang terjadik. Hidup kena pandai bawak diri-no culture shock ok! dan walaupun jarang-jarang balik johor, tapi mak dan ayah paham kot-den kan kdekut (tambang mahal..rm27) , pastu mals nak nek bus (kalau boleh nek jet peribadi) huhuhu, tapi tu dulu...kenangan smua tu.

pejam celik,pejam cekik....
Da 3 tahun den duk kat uma tu, bersama ngan sembilan orang kawan yang memang terjal lagi gila..
cik rehan, cik fareha, cik mira, cik dayah, cik ekin, cik linda, cik eca, cik k.nisa dan cik zaty.....
hahahaha...macam-macam perngai korang yang tak dapat dkawal oleh mindaku ini... tapi kita tetap friends for ever..

pejam celik,pejam tercekik....
Ari sabtu ni, den nak tinggalkan uma tu. (kawan-kawan pun da mula pack barang) nak  balek kampung halaman (semula)... smua da ikut haluan masing-masing kelak...sob....sob...sob....


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*to all bebudak PT22086:
  • -jadilah anak yang baik.. solat jangan lupa...
  • -korang memang d best!
  • -halalkan apa-apa yang den da termakan terminum..terpijak, terhantuk...dan ter- smua...
  • -kalo korang raser gatal dan miang keladi nak kahwin, jemput la k..
  • -roger on board la slalu..kan memasing der FB,yahoo..
  • -ingat daku dalam doamu!

Saturday, November 20, 2010

Sunway Piramid: Mari main Ice Skating!

Assalamualaikum...

Cerita paling besh tahap cinta luar biasa yang ingin aku ingin kongsi dengan korang semua adalah pengalamanku bermain 
...Ice-skating di Sunway Piramid
Keegoan terlampau untuk dinafikan adalah superb lebam seluruh badan pada keesokan harinya (percayalah!). 


Pertama kali skate--(tak yakin) takut gila-gila!
Mula-mula gi kena bayor la dulu kan *tip saving-bawaklah sock dan sarung tangan korang sendirik. Nanti siap semua,diaorang akan bagi badge tok pasang kat pergelangan tangan. 
Pakai la. 
Bila nak masuk, kena scan la dulu. 

Pastu, gi bahagian mek kasut--diorang de siap tempat mengukur, korang tak yah bawak tali tape untuk ukur sendirik. 
Kasut dia ala-ala boot tentera tu hah. 
Berat dan padat gak la. 
Bereh jek pakai kasut, wat senaman cikit bagi longgar semua otot (caranya? pose banyak-banyak). Hahahahh..


Dah ready? Apa lagi...SERBU!. Bagi yang da keyakinan super powerful, boleh la terus skate.
Kalau korang cam aku, kenalah men di tepian pantai dan menari cha-cha (nanti korang akan perasan ramai dok pegang tiang kat tepi tu). 
*tip-kalau korang jatuh tertiarap, terbongkang: Jangan malu dan risau coz akan ada la cowok sehandsome Taylor Launter dan cewek cantik bak Jessica Alba, akan tolong korang (hyperbola sungguh).
Jangan jadi gediks sudah la...

Dalam tiga empat pusingan pastu, korang alhamdulillah boleh skating sorang-sorang dah. 
Boleh la men kat tengah dan tunjuk teror!. 


Kadang-kadang gak ada orang langgar, terlanggar, jatuh, terjatuh, dan macam-macam insiden agi--ianya hendaklah dibantu ++ gelak cikit-cikit kerana semuanya saling belajar. 

Bagi yang raser da fed up---relax la. Lain kali datang lagi (practice bebanyak) . 
Coz boleh dikatakan ramai yang tak pandai gak dan jangan jeles bila bebudak kecik yang lagi superb pandai dalam skate, siap wat dance lagi!. 
Uhuiii..

Bukan straight korang leh main-coz bila dah basah cikit.
Korang harus keluar dan rehat dulu kerana diorang akan kasi kering jap guna alatnya la...


Bila dah siap semua, korang boleh men semula-nak seenjoy maner pun tarak kesah la- Lastly, jangan lupa jalan balik rumah.


*tip-untuk keselesaan pas main skating, bawak baju dan seluar lebih. Yang dalam-dalam sekali, ok. Coz bila korang jatuh, basah la korang punya baju. 

Baiklah. Gitulah Mak Bedah citernyer...
P/S----> Jom skating reramai Malaysia! Saper nak belanja???


End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...