Search This Blog

Showing posts with label cerita mengenai ayam katik. Show all posts
Showing posts with label cerita mengenai ayam katik. Show all posts

Monday, February 03, 2014

Kalau engkau kejar ayam

Assalamualaikum,

Alkisahnya berlaku pada beberapa hari lepas… sebelum Tahun Baru Cina? May be, aku tak berapa nak ingat la. So, nak di mulakan--- tumpuan pada seekor ayam yang tak@sungguh tak berapa nak cantik dan tak berapa nak hodoh. Sebab sehabis fakta aku, sehingga 80% spesis dekat area rumah kampung sana adalah ayam jenis ‘katik’. Katik? Yolah yang kecik-kecik, berjalan pun langkahnya tak panjang mana.

 

Then, apabila melihat ayam 'bertuah' tuh buat catwalks depan rumah aku… anak sedara-cik Ziqa ni gilah sarung kasut besor yang ada dekat beranda dan kejor ayam tersebut. "Kejar-kejar dia-kejar dia sampai dapat!"

Time tu pulak, adik dia. Si Apiz telah terdengar kakak dia buat screaming hola-hola dekat luar. "Kena join nih, cam best jek". Dia pun bukak pintu depan dan berlari bersama. Tak pakai kasut! Ni budak baru satu tahun hah, mahu kena sunat ke apa.

Atoknya yang melihat…. pun berlari bersama mendapatkan cucunya yang tak berkasut itu, "hey, anak orang."

Lalu, terjadilah kejadian di mana si kakak mengejar ayam… si adik mengejar si kakak dan atok mengejar cucunya.

Bila melihat ‘ancaman keretapi’ dibelakang, si ayam pun apa lagi, pecut macam Usain Bolt! Argghhh!!! Kenapa aku yang jadi mangsa. Lari-lari-lari. Walupun sedor diri tu langkah pendek. Tapi nasib baik sebab panjang nafus... sebab...

Tiba-tiba, kasut yang dipakai si Ziqa (kan besor gedabak) terlari daripada paksinya… maka-Gedebuk! Aduhai, tersadai la dia kat tanah. Selepas sesaat, tangisannya mula kedengaran.

The end.
Moral of the story, mari kita makan sup ayam malam nih. Hehehehh….



Inilah dia budak-si Ziqa( hero sebenar dalam ini cerita). Adik dia relax jek sambil minum susu dn buat gimnastik kat sebelah.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...